DSAI dan REFORMASI
(bahagian satun)
20 Tahun dahulu lahirnya sebuah Parti
Politik hasil dari tangan pemecah belah Bangsa Melayu , itulah PARTI KEADILAN
yang mana hari ini dikenali dengan nama Parti Keadilan Rakyat atau ringkasnya
PKR.
PKR yang gah dengan slogan Reformasi
meredah keseluruh pelusuk bumi Malaysia yang diketuai oleh DSAI dan pendokong -
pendokongnya, semua itu kerana DSAI mahu rakyat bangkit menentang rejim zalim
yang di Pelupori TM.( DSAI kata ).
Mengheret rakyat kejalanan terutamanya
Kuala Lumpur, ada yang sanggup datang dari hujung kampung, utara selatan timur
barat, bersedia dengan slogan Reformasi yang dilaungkan pagi petang siang
malam. TM dituduh Mahazalim, Mahafiraun, Nepotisma, Kronisma , penyamun ,
perompak dan sebagainya.
Dengan rentak lenggok suara DSAI yang
memukau , Rakyat pun terpukau. PKR merentas masa dari satu pilihanraya ke satu
pilihanraya namun tidak jua kesampaian.
Sesuatu yang agak pelik juga berlaku
apabila TM meletakan jawatan dan diambil Alih Tun Abdullah Badawi tetapi PKR
yang mulanya dibentuk untuk menentang TM tetapi tetap juga
menyertai PRU dimasa Tun Abdullah yang
sempat mengepalai dua kali PRU. Perletakan jawatan Tun Abdullah sebagai PM
setelah berkrisis dengan TM, telah diambil alih DSNR sebagai PM yang ke7. Namun
PKR meneruskan misi sebagai Parti Politik yang berteraskan Reformasi katanya.
Takdirnya dengan kehendak Allahu Subhanahu
Wata'ala pada PRU 12 PKR, DAP dan PAS berjaya menawan Selangor, Penang dan
Perak. Tetapi Perak bertukar tangan apabila beberapa orang wakil rakyat PKR dan
DAP mengistiharkan keluar parti masing - masing serta menyokong BN. Bertukarlah
Perak kapada BN.
Tiba - tiba selepas PRU 13 sekali lagi
berlaku pergeseran antara TM dengan PM pada ketika itu DSNR . Pergeseran ini
berlanjutan sehingga terpelantingnya anak kandung TM anak harapan penyambung
visinya dari jawatan MB Kedah. Tertubuhlah pula Parti Peribumi Bersatu Malaysia
atau PPBM apabila TSMY sebagai Timbalan Perdana Menteri ditika itu buat
perangai. Walau pun berpengelaman luas dalam bidang politik dan perjawatan
dalam Kerajaan namun mungkin kerana kasih dan sayangnya atau mungkin juga
terhutang budi kapada TM dan si Boboi bertindak diluar kotak Parti atau undang
- undang tubuh UMNO itu sendiri. Ianya dipecat dari jawatan Timbalan Perdana
Menteri dan akhirnya terpelanting dari Parti UMNO yang banyak menyekolahkannya
sebagai seorang pemimpin Politik dan Negara.
Langkah U TURN yang dibuat TM dengan duduk
bersama parti - parti pembangkang setelah tertubuh dan menjawat jawatan selaku
Pengerusi PPBM sesuatu yang sangat menusuk kalbu rakyat. Sedangkan semua Parti
- Parti pembangkang itulah yang TM tentang, khianati, adu dombakan rakyat untuk
membenci. Namun yang paling trajis lagi memeranjatkan bila PKR sebuah Parti
Politik yang ditubuhkan untuk menentang TM dulu kini bersedia duduk bersama dan
membina sebuah ikatan yang dikenali dengan Pakatan Harapan atau ringkasnya PH.
Ramai dari kalangan pendokong asal PKR
terkedu dengan langkah yang diambil oleh kepimpinannya yang membuka pintu bilik
untuk tidur sebantal dengan orang yang paling dibenci itu. TIADA MUSTAHIL DALAM
POLITIK. Rata - rata pendokong, penyokong , ahli PKR menjadi serba tak kena
bagai mengharung gelombang lautan api. Untuk menyedapkan hati kapada mereka -
mereka yang tidak sehaluan ini satu rumusan oleh Majlis Presedin PH dengan
membuat syarat TM akan menjadi PM Malaysia sekiranya PH menang dalam PRU 14
selama dua tahun. Disertakan dengan langkah pertama mendapat pengampunan
sepenuhnya dari Duli Yang Maha Mulia Yang di Pertuan Agong keatas DSAI yang
pada ketika itu berehat didalam Penjara sungai buloh. Selepas 2 tahun TM
menjadi PM hendaklah meletakan jawatan dan menyerahkan jawatan PM kapada DSAI.
Hati yang terluka mulai sembuhnya, diri yang terbakar mulai dirasai tiupan
angin yang sepoi - sepoi bahasa....