Thursday, April 11, 2019

Selepas keluar IJN, Hadi bantu kempen Tok Mat di Rantau

Selepas keluar IJN, Hadi bantu kempen Tok Mat di Rantau: Hadi membidas kerajaan PH yang terus menjadikan kepincangan kerajaan sebelum ini sebagai alasan kegagalanya menunaikan janji manifesto.

Sunday, September 30, 2018


DSAI dan REFORMASI
(bahagian satun)

20 Tahun dahulu lahirnya sebuah Parti Politik hasil dari tangan pemecah belah Bangsa Melayu , itulah PARTI KEADILAN yang mana hari ini dikenali dengan nama Parti Keadilan Rakyat atau ringkasnya PKR.
PKR yang gah dengan slogan Reformasi meredah keseluruh pelusuk bumi Malaysia yang diketuai oleh DSAI dan pendokong - pendokongnya, semua itu kerana DSAI mahu rakyat bangkit menentang rejim zalim yang di Pelupori TM.( DSAI kata ).
Mengheret rakyat kejalanan terutamanya Kuala Lumpur, ada yang sanggup datang dari hujung kampung, utara selatan timur barat, bersedia dengan slogan Reformasi yang dilaungkan pagi petang siang malam. TM dituduh Mahazalim, Mahafiraun, Nepotisma, Kronisma , penyamun , perompak dan sebagainya.
Dengan rentak lenggok suara DSAI yang memukau , Rakyat pun terpukau. PKR merentas masa dari satu pilihanraya ke satu pilihanraya namun tidak jua kesampaian.
Sesuatu yang agak pelik juga berlaku apabila TM meletakan jawatan dan diambil Alih Tun Abdullah Badawi tetapi PKR yang mulanya dibentuk untuk menentang TM tetapi tetap juga
menyertai PRU dimasa Tun Abdullah yang sempat mengepalai dua kali PRU. Perletakan jawatan Tun Abdullah sebagai PM setelah berkrisis dengan TM, telah diambil alih DSNR sebagai PM yang ke7. Namun PKR meneruskan misi sebagai Parti Politik yang berteraskan Reformasi katanya.
Takdirnya dengan kehendak Allahu Subhanahu Wata'ala pada PRU 12 PKR, DAP dan PAS berjaya menawan Selangor, Penang dan Perak. Tetapi Perak bertukar tangan apabila beberapa orang wakil rakyat PKR dan DAP mengistiharkan keluar parti masing - masing serta menyokong BN. Bertukarlah Perak kapada BN.
Tiba - tiba selepas PRU 13 sekali lagi berlaku pergeseran antara TM dengan PM pada ketika itu DSNR . Pergeseran ini berlanjutan sehingga terpelantingnya anak kandung TM anak harapan penyambung visinya dari jawatan MB Kedah. Tertubuhlah pula Parti Peribumi Bersatu Malaysia atau PPBM apabila TSMY sebagai Timbalan Perdana Menteri ditika itu buat perangai. Walau pun berpengelaman luas dalam bidang politik dan perjawatan dalam Kerajaan namun mungkin kerana kasih dan sayangnya atau mungkin juga terhutang budi kapada TM dan si Boboi bertindak diluar kotak Parti atau undang - undang tubuh UMNO itu sendiri. Ianya dipecat dari jawatan Timbalan Perdana Menteri dan akhirnya terpelanting dari Parti UMNO yang banyak menyekolahkannya sebagai seorang pemimpin Politik dan Negara.
Langkah U TURN yang dibuat TM dengan duduk bersama parti - parti pembangkang setelah tertubuh dan menjawat jawatan selaku Pengerusi PPBM sesuatu yang sangat menusuk kalbu rakyat. Sedangkan semua Parti - Parti pembangkang itulah yang TM tentang, khianati, adu dombakan rakyat untuk membenci. Namun yang paling trajis lagi memeranjatkan bila PKR sebuah Parti Politik yang ditubuhkan untuk menentang TM dulu kini bersedia duduk bersama dan membina sebuah ikatan yang dikenali dengan Pakatan Harapan atau ringkasnya PH.
Ramai dari kalangan pendokong asal PKR terkedu dengan langkah yang diambil oleh kepimpinannya yang membuka pintu bilik untuk tidur sebantal dengan orang yang paling dibenci itu. TIADA MUSTAHIL DALAM POLITIK. Rata - rata pendokong, penyokong , ahli PKR menjadi serba tak kena bagai mengharung gelombang lautan api. Untuk menyedapkan hati kapada mereka - mereka yang tidak sehaluan ini satu rumusan oleh Majlis Presedin PH dengan membuat syarat TM akan menjadi PM Malaysia sekiranya PH menang dalam PRU 14 selama dua tahun. Disertakan dengan langkah pertama mendapat pengampunan sepenuhnya dari Duli Yang Maha Mulia Yang di Pertuan Agong keatas DSAI yang pada ketika itu berehat didalam Penjara sungai buloh. Selepas 2 tahun TM menjadi PM hendaklah meletakan jawatan dan menyerahkan jawatan PM kapada DSAI. Hati yang terluka mulai sembuhnya, diri yang terbakar mulai dirasai tiupan angin yang sepoi - sepoi bahasa....

Monday, April 6, 2015

ZainalPutraGoogle on BlogSpot: Google to Acquire Blogger

Google on BlogSpot: Google to Acquire Blogger: Posted by Brett Wiltshire, Blogger CEO This morning we’re beyond thrilled to announce that Blogger has signed a definitive agreement to be...

Thursday, May 10, 2012

PAS HILANG ARAH

PAS HILANG ARAH

Semenjak berkawan dengan DAP. PAS seolah-olah telah kehilangan arah tujunya sendiri.
Cuba baca dan Fahami keratan akhbar dibawah ini.
Kalaulah itu yang sebenarnya mengapa Kanun jenayah Syariah II Kelantan 1993 dan Enakmen Jenayah Syariah Terengganu ( Hudud dan Qisas) 2003 diwartakan.?
Sedangkan UMNO telah dengan jelas dan memperjelaskan lebih awal lagi, Hudud belum dapat dilaksanakan lagi. Kita masih memerlukan masa untuk perkara yang sama seperti yang cuba dijelaskan Oleh YB DS Abdul Hadi Awang. Atau memang meniru apa yang telah dijelaskan UMNO sebelum ini.
Jauhnya ketinggalan dalam ilmu Politik Pemimpin PAS.

BACA KERATAN AKHBAR INI DAN FAHAMI LE SEBAIKNYA.
Ini membawa erti PAS tidak lagi berjuang seperti apa yang digembar gemburkan pengikut-pengikutnya selama ini. Sebenarnya mereka telah tertipu dengan dakyah politik semata-mata.
Selepas ini akan timbul pulak soal lain, yang diperbesar-besarkan , bukankah itu semua untuk meraih undi dalam PRU-13. Fikir-fikirkan lah.

Friday, May 4, 2012

Sunday, April 29, 2012

Joe Pisang: VIDEO BUKTI TERHEBAT! Anwar beri isyarat pda Azmin...

Joe Pisang: VIDEO BUKTI TERHEBAT! Anwar beri isyarat pda Azmin...: INI BUKTINYA! The smoking gun! Isinya: Anwar beri isyarat pda Azmin agar mulakan rempuhan masuk pada Polis, Azmin bgtau seorang India a...